Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

CERITERA SEBUAH PETI TUA

Ada seorang pengemis yang masih muda usianya. Pada fikirannya, untuk mengemis dia memerlukan sebuah tempat duduk lalu dicarinya di tempat pembuangan sampah. Akhirnya dia menemui sebuah peti yang tertutup rapat. “Aha, ini dia, sesuai sangat untuk aku duduk,” bisiknya perlahan. Akhirnya dia menggunakan peti tersebut untuk mengemis di kaki jalan. Berpuluh-puluh tahun lamanya, peti itu menemaninya mengemis. Kini usianya sudah setengah abad dan masih tetap mengemis dengan duduk diatas peti tersebut. Sudah lebih dari 30 tahun dia duduk diatas peti tersebut.

Sampai satu saat ada seorang lelaki menghampiri pengemis itu dan memberikan beberapa helai wang kertas. Sungguh, si pengemis berasa senang kerana jarang sekali ada orang yang memberi nilai yang sebesar itu. “Terima kasih tuan, tuan sangat murah hati,” kata pengemis itu. “Sama-sama, mudah-mudahan bermanfaat untuk pakcik,” kata orang yang dipangil tuan itu dengan ramah. Kemudian pemuda itu bertanya, “Agaknyalah, apa isi peti yang pakcik duduk tu?”

“Saya tidak tahu tuan. Mungkin kosong atau mungkin ada sampah. Saya ambil peti ini di tempat pembuangan sampah ketika saya masih muda,” jawab pengemis itu. “Boleh tak kita cuba buka dan lihat?” tanya pemuda itu ingin tahu. “Buat apa tuan bersungguh hendak membuka peti ini?” tanya si pengemis kehairanan. “Buka sajalah, mungkin akan yang baik untuk pakcik,” kata pemuda itu.

“Baiklah, Nanti kemudian saya akan buka. Sekali lagi, terima kasih ya pemberian tuan tadi,” jawab si pengemis ingin menamatkan perbualan. “Sama-sama,” jawab si pemuda itu sambil berlalu pergi. Setelah pemuda itu pergi, si pengemis pun terfikir. Apa agaknya ya yang ada di dalam kotak ini? Sungguh, selama 30 tahun dia tidak pernah membuka kotak tersebut. Akhirnya dia memutuskan untuk membuka kotak tersebut. Dia mengambil besi untuk mengopak kotak tersebut. Setelah terbuka, si pengemis sungguh terperanjat, ternyata selama 30 tahun lebih dia telah duduk dia atas peti yang berisi... Berkilo-kilo emas!!!

Manusia ini hanya tinggal di mana kita tinggal dan kadang-kala kita tidak pernah mahu cuba untuk mengetahui kenapa kita tinggal di situ dan atas sebab apa kita terus tinggal di situ. Nesar pelajaran yag dapat kita ambil dari sebuah cerita peti tua ini. Tidak kita nafikan mengemis itu bukanlah sesuatu yang digemari oleh Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam, tetapi atas setiap kejadian pasti ada pelajaran untuk orang yang berfikir. Bayangkan si pengemis itu sebagai pemilik dan peti itu sebagai apa yang dimiliki. Alpanya manusia kadangkala kita jarang untuk memberi perhatian kepada apa yang kita miliki tetapi asyik melihat dan menilai apa yang orang lain miliki. Kerap kali kerana itu kita merasakan diri yang serba kekurangan dan pada hakikat sebenarnya tidak. Mustahil Allah s.w.t. itu bersifat zalim kepada makhluknya dengan meletakkan pelbagai perbezaan itu sebagai kayu ukur darjatnya. Bagi insan yang selalu mengkoreksi diri mereka, pasti akan terlahir dari diri mereka nilai yang pada dasarnya mereka tidak ketahui bahawa mereka mampu melakukannya. Cuma kadang kala kita perlukan guru atau teman atau mungkin ahli keluarga yang sedia memberikan dorongan untuk kita capai apa yang kita sangkakan tidak mungkin. Watak pemuda yang penuh dengan persoalan itu adalah watak penting yang mampu akhirnya mengubah keadaan si pengemis itu.

Peringatan ini adalah peringatan buat diri kita bahkan amat penting untuk dimuhasabahkan oleh para guru yang membimbing pelajar, para ibu bapa yang mendidik anak-anak. Kita adalah pengemis dan mereka (anak didik kita) itulah peti yang menyimpan pelbagai rahsia yang menunggu masa untuk dibuka dan mengeluarkan hasil yang luar biasa. Pemangkinnya sentiasa ada untuk kita membantu mereka, tugas kita hanya segera mencungkil segala bakat kebolehannya untuk dikembangkan dan dibesarkan dengan cara yang sepatutnya.


Rujukan

Comments

Setiap kejadian Tuhan pasti ada sebab dan kerananya... walaupun hanya sebutir samapah atau sehalusnya debu.

Hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI apa yang masih tersirat dalam kalbu dan pemikiran kita.

Ya ALLAH tunjukkanlah aku jalan yang benar menuju ke syurga mu...

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang