Firman Allah s.w.t dalam
surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:
"Allah tidak
membebani seseorang melainkan sesuai dengan sesanggupannya."
PERJALANAN SAYA
Alhamdulillah, hari ini saya
memulakan hari saya di awal pagi dengan membaiki kereta kembara saya. Pagi-pagi
dah sibuk tolak kereta sebab tak boleh nak hidupkan enjinnya. Tetapi
Alhamdulillah, bila ditengok, rupanya air bateri kering. Maka sibuklah saya dan
isteri saya menyalahkan tukang servis kereta. Beginilah manusia sentiasa
menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan diri sendiri. Saya pasrah dan
rasa bersalah.
Kemudian saya bawakan
ibu mertua saya ke hospital pakar mata. Jauh juga dari Kuala Selangor ke Chow
Kit Road. Alhamdulillah perjalanan lancar tetapi ada kegusaran. Kerja saya
belum siap. Tak pelah, mungkin ini yang terbaik untuk saya. Laluan kami dari
Kuala Selangor ke Chow Kit, kemudian ke AU Keramat dan berakhir di Shah Alam.
Banyak berjalan orang kata luas pandangan. Alhamdulillah memang luas. Kemudian,
kami bergerak pulang ke Kuala Selangor, jika datang tadi hanya kami berdua (saya
dan ibu mertua saya) kini bertiga (dengan Afwa anak buah saya).
TAKLIF MEMATANGKAN KITA
Di dalam kereta, saya
berbual dengan Afwa, bertanyakan tentang persekolahannya. Eja bola, buku kereta
dan macam-macam lagi. Dengan harapan dia mampu belajar sedikit demi sedikit.
Sampai dipertengahan jalan, Afwa tertidur, maka pemikiran saya mnerjah pelbagai
perkara sehinggalah timbul radio cerita tentang MAP (Motivasi Alihan Pelajar).
Teliti saya mendengar mengharapkan pembelajaran. Namun timbul rasa iri hati,
macamana dia boleh buat program macam ni tetapi saya tak boleh? Mungkin tak
sampai darjat lagi agaknya. Saya terbuai dengan perbincangan di radio
sehinggalah tiba di rumah.
Masuk waktu Maghrib,
hari ini saya pening kepala, sebelum Maghrib tadi saya terbaca makalah lama
yang bertajuk Taklif Memantapkan Kematangan Manusia. Terdengar rengekan Afwa
dengan ibu mertua saya. Macam-maca kerenahnya, kalau saya la saya rasa, lama
dah budak tu saya tengkingkan, degil, merengek waktu-waktu macam ni. Tetapi,
ibu mertua saya tenang sahaja, bercakap dengan lembut, pujuk dan nasihat pada
masa yang sama disuruhnya Afwa mengaji.
Teringat saya bila orang
tanya, Afwa macam mana? Kalau dengan Pak Ngah dia (saya lah tu) senang je suruh
ngaji, kalau dengan wan dia mesti merengek. Bila saya kenangkan, barulah saya
faham apa erti sebenar ayat 286 surah Al-Baqarah tadi. Jelas di mata dan hati
saya, kalau dengan ibu mertua saya
merengek tak henti-henti, tetapi sabarnya ibu mertuasaya, dipujuknya Afwa tu
sehingga mahu, tetapi kalau saya, mungkin dibelasahnya. Allah itu MAHA
MENGETAHUI, Afwa dengan saya bukan kerana saya ni hebat atau saya ni dahsyat
sangat mendidiknya, cuma Allah tahu upaya saya maka digerakkan hati Afwa untuk
berperangai baik dan ikut kata apabila bersama saya, manakal bila bersam aibu
mertua saya, Allah sekali lagi Maha Mengetahui tentang upayanya, maka
digerakkan hati Afwa untuk berperangai begitu... Hebatkan Kuasa Allah...
Sekarang saya sedar dan
diberikan petunjuk lagi tentang kekuasaan-Nya moga-moga ini menjadi keinsafan
buat saya yang sering leka dan mudah lalai kerana dunia. Patutlah saya masih
berada ditahap ini kerana saya belum mampu untuk memikulnya. Firmah Allah dalam
surah Ar-Ruum ayat 33 yang bermaksud;
"Dan apabila
manusia disentuh oleh sesuatu bahaya mereka menyeru Tuhannya dengan kembali
bertaubat kepada Nya. Kemudian apabila Tuhan memberikan mereka sedikit rahmat
daripada Nya tiba-tiba sebahagian daripada mereka mempersekutukan
Tuhannya."
Comments