Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

Perjuangan Mesti Diteruskan...Kita yang Terbaik

Telah lama aku berkelana... hampir sepurnama rasanya...
Pelbagai rencah dunia telah ku tontoni dan telah aku perhatikan...
Aduh, aku mengeluh melihat semunya... Di mana aku dan siapa aku?
Allah Maha Kuasa atas segalanya...
Dalam aku tercari-cari arah ku, Allah telah menuntun aku untuk melihat satu persatu
Apa yang harus aku laku dan memainkan peran ku... Allah Maha Hebat



Setiap hari, setiap hati dan setiap mahu kita adalah kepada kekayaan dan kesenangan hidup, tapi pernahkah kita bertanyakan pada diri apakah erti kekayaan itu?


Dalam perjalanan aku di muka bumi Malaysia ini, keinginan ini semakin membuak-buak dalam hati... mencari kemahuan dan adakah ia dinaungi keberkatan? Mencari kekayaan adakah itu tuntutan kepada manusia seperti kita ini? adakah kekayaan akan menjadikan aku senang dan berbahagia?


KEKAYAAH... KESENANGAN...


Rupanya... inilah belenggu terbesar kita, belenggu dalam jiwa setiap manusia... Carilah kekayaan agar dapat berbakti lebih baik kepada agama... Siapakah yang berkata-kata sebegini? Hati dari pintu kebaikan atau hanya alasan yang diada-adakan? Jadi, bila tidak kaya adakah kita tidak perlu mengorbankan diri kita untuk agama...


Allah, Maha Hebatnya persembahan-Mu pada mataku...
Percayalah... kekayaan tidak dapat memberikan ketenangan hati...
Kekayaan tidak dapat menyediakan kebahagiaan...
Kekayaan tidak menyembuhkan penyakit...
Kekayaan bukan segalanya dalam hidup ini...
Tetapi erti kekayaan adalah apabila kita sudah merasa cukup, senang dan tenang dengan apa yang ada di dunia ini untuk kita...


Kekayaan bererti Alhamdulillah yang kita ungkapkan bukan kerana kita telah kenyang menjamah makanan tetapi kerana punya nikmat untuk merasai makanan... Alhamdulillah mendahului segalanya.. Allhamdulillah setiap masa dan ketika... Adakah ini perilaku kita...


Allah lebih suka ibadah seorang yang kaya, sihat tubuh badannya... tetapi tahukah kita apa pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk menjadi kaya? Pernahkah kita terfikir bahawa kekayaan adalah ujian yang besar untuk hambanya? Pernahkah kita terfikir apakah balasan yang diinginkan Allah daripada mereka yang kaya?


Buangkanlah belenggu kekayaan ini daripada hati kita. Kerana kekayaan akan membawa kepada pengaruh ketamakan. Belajarlah bersedekah tatkala kita miskin kerana ini akan mengurangkan rasa tamak dalam diri kita. Kekayaan juga akan menjadikan manusia itu lupa bahawa rezeki adalah datangnya dengan izin Allah kepada mereka yang berusaha dan ia boleh dihilangkan dalam sedetik masa sahaja.


Kekayaan perlu dicampakkan, wang ringgit bukan tuhan dalam hati kita wahai pejuang tetapi ALLAH yang mesti bertakhta dalam hati. Apa yang tidak mampu dilakukannya kepada kita. Tenanglah wahai umat Muhammad... kembalikan hati kita hanya untuk Allah... Lakukan segalanya untuk Allah, nescaya Allah pasti akan bersama dengan kita.


Bekerja bukan untuk duit tetapi kerana bakti yang hendak dicurahkan.
Bekerja bukan kerana pangkat, tetapi untuk memastikan amanah terlaksana.
Bekerja bukan untuk kemasyhuran, tetapi kerana ia adalah tanggungjawab ummat untuk kita.
Bekerja bukanlah kerana itu adalah pekerjaan, tetapi kesempatan untuk kita memanfaatkan masa hidup kita untuk ummat.
Bekerja bukan menghabiskan tugasan, tetapi melengkapkan tugas sesempurna yang mungkin...


Kerana itu ingatlah... Ummat perlukan yang terbaik dari kita...
Manusia dengan tinggi ilmunya, maka banyaklah tanggungjawabnya...
TUNE diri kita

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang