oleh al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h:

"Bilamana menjadi sesuatu yang putus bahawa “Sesungguhnya al-Din di sisi Allah ialah Islam”,

maka sesungguhnya tidak mungkin dapat difahami apa yang dikehendaki Allah melainkan dengan

perantaraan RasululLah. Sesungguhnya tiada jalan kita sampai kepada baginda melainkan

melalui pengetahuan mengenai sunnah baginda. Pula tiada jalan kepada sunnah baginda

melainkan dengan ilmu hadis. Justeru itu menjadi kewajipan ke atas kaum muslimin, samada

pemerintah atau rakyat, pendakwah atau yang didakwah, beriman bersama kita bahawa tiada

jalan terlaksananya apa yang kita seru kepadanya iaitu perlaksanaan keadilan dan keamanan,

menegakkan hukum Allah di atas muka bumi kecuali dengan berdakwah kepada sunnah dan

mengamalkannya, juga mentarbiah kaum muslimin dengannya. Bukan dengan hukum-hakam dunia,

undang-undang ciptaan manusia, pandangan-pandangan individu dan pegangan-pegangan kepartian.

Itu semua menjadikan umat semakin berpecah dan jauh dari matlamat yang dituju” (Al-Albani,

Sahih al-Adab al-Mufrad m.s. 8-9 Saudi: Dar al-Sadiq)

No comments: