Pada hari ini, setiap kali saya melihat berita tersiar, maka akan
keluarlah laporan berita tentang kemangkatan Yang DiPertuan Besar Negeri
sembilan. Telah 2 hari baginda ini meninggalkan dunia tetapi selama 2 hari itu
juga baginda menunggu kepulangan anak-anaknya serta keputusan siapa yang
menggantikannya untuk memerintah negeri yang dinamakan Negeri Sembilan.
Kasihan rasanya kepada si raja
itu, tetapi itulah kuasa Tuhan tiada siapa yang boleh mengubahnya. Setiap insan
yang hidup pasti akan merasai mati. Teringat ketika berbincang dengan rakan saya
Johari, dia selalu ulangkan kata-katanya, mati itu adalah kemestian, anda tidak
mampu mengubahnya.
Bila pula kita mati? entahlah,
tetapi kematian sudah makin menghampiri kita. Ingatlah, kematian akan tiba
bila-bila masa, maka teruslah berbuat baik. Kerana kebaikan mungkin kita akan
mendapat keuntungan ketika diakhirat kelak. Semalam, saya pergi menonton wayang
denga isteri tercinta saya. Cerita Yes Man. Semua perkara yang kita katakan Ya
akan menjadi terbaik untuk kita.
Mungkin betullah sebagaimana
kata-kata abang Idzhar, kita ini ibarat magnet, jika kita positif, maka kita
akan menarik tenaga positif, dan begitu juga sebaliknya. Tetapi apakan daya
kita manusia, kita merancang Allah adalah sebaik-baik perancang. Seronok jug
cerita tu (boleh la pi tengok) tapi jika kita fikirkan dari sudut pandangan
agama kita sekarang, maka Yes Man tu hanya perlu kepada apa yang disuruh dan
diperintahkan Allah serta Rasul untuk kita. Itu, mesti dan pasti kerana
natijahnya telah pun dijanjikan Allah. Cuma kita je yang meragui.
Moga pengajaran ini akan dibawa
sampai bila-bila. Ingatlah semua kita diberikan masa, tetapi adakah kita
sentiasa mengingatinya?
TUNE diri kita bersama.
Comments