Semalam saya berada di UiTM Shah Alam.
Hmm... Seronok juga tengok budak-budak baru masuk belajari di UiTM ni. Saya
datang sini pun sebab bawa orang rumah untuk mendaftar jadi pelajar baru di
Fakulti Pengurusan Perniagaan (semoga isteri saya berjaya). Saya galakkan dia
belajar. Nanti saya pula nak buat master. Bila saya tengok pelajar-pelajar yang
ramai ni timbul pula persoalan difikiran saya ni, apalah yang tengah mereka
fikirkan ek?
Ada ke kerja untuk mereka semua
ni?
Apa yang mereka nak jadi lepas
belajar nanti?
Kenapa pula saya ni memilih
bekerja sendiri berbanding ramai yang pilih bekerja dengan orang
Bukan ke senang kalau saya
terus saja bekerja dengan orang, gaji dapat, tak perlu fikir masalah untuk
bayar gaji, cari klien, sekarang kan dah susah. Hmm... Ni luahan hati la ni
bila dah tertekan dengan keadaan sekarang ni. Pendapatan takde tetapi
perbelanjaan macam biasa...
Astaghfirullahal'azhim,
beristighfar panjang saya tiba-tiba. Inilah pilihan hidup. Orang akan memilih
yang ramai orang buat berbanding yang tidak ramai. Sebab apa? Nak selamat,
tanpa difikirkan kebaikan dan keburukannya. Yang selamat pada fikiran orang
apa? Kerja gomen kata orang-orang tua.
Setiap diri manusia ini
diberikan ruang dan peluang untuk mereka berfikir dan membuat keputusan.
Kadang-kadang bila bekerja sendiri rasa macam bagus makan gaji, tapi yang makan
gaji pulak rasa bagus kerja sendiri. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu apa yang
terbaik untuk kita. Tugas kita ialah, terus menghambakan diri pada Allah mohon
agar setiap pilihan kita itu dibawah rahmat dan keberkatan-Nya.
Allah tidak membebankan sesuatu
itu jika manusia itu tidak mampu untuk menerima bebanan itu. Iman kita akan
percaya dan meletakkan ini dalam hati, maka apabila kepercayaan ini berada di
dalam hati, tindakan kita akan lebih baik, pemikiran kita akan tertumpun untuk
melakukan kerja, mengatasi masalah, berdepan masalah dan berserah kepada Allah.
Berimanlah kepada Qada' dan Qadar, kerana semua yang Allah jadikan tiada satu
pun yang sia-sia walaupun masa yang telah berlalu untuk kita...
TUNE Diri kita...
Comments