Alhamdulillah, panjang lagi umur saya ini. Sehingga hari ini,
Allah masih beri peluang untuk saya terus berbakti kepada agama, bangsa dan
negara. Berbakti? Alahai, kuat sangat ke saya ni berbakti? Itulah persoalan
yang saya kena rungkai sendiri. Adakah segala perbuatan dan usaha saya ini
untuk agama atau nama saya sendiri? Risaunya...
Terkenang saya pada awal pagi
Syawal hari tu.... Ramai orang ke masjid untuk sembahyang raya (solat
Aidilfitri)... Seronok dan bersahaja je semua... Saya salah seorang daripada
yang ramai-ramai tu... Biasa la... Cuma jadi orang yang biasa je la pi ke
masjid tu...
Terdengar laungan takbir...
hati saya bergetar... Setiap kali mendengar kalimah Allahu Akbar, saya berkata
dalam hati... Maha Besarnya Allah, sungguh hebat ciptaan dan kuasa – NYA...
Tiba-tiba hati saya ini bertambah sayu dan menangis... Kenapa saya menangis?
Ramai orang mungkin ingatkan orang yang telah mati tidak dapat beraya
bersama-sama, tapi bagi saya ini adalah pagi muhasabah yang besar dalam sejarah
saya menjadi seorang muslim yang saya harapkan mukmin juga... Saya terfikir,
adakah sepanjang Ramadhan saya ini sudah bersedia untuk berhadapan dengan 11
bulan yang akan datang?
Saya terdengar Allahu Akbar
lagi, saya terus menangis... Jika pagi ini, saya dan semua jemaah dimasjid ini
melaungkan kalimah Allahu Akbar, adakah laungan ini terbukti dengan perbuatan
atau hanya adat sahaja? Saya terus menangis... Allahu Akbar... Jika kalimat ini
ada di dalam hati ini, nescaya saya takkan mensia-siakan masa muda saya untuk
perkara yang kotor dan jijik, lalai dan alpa pada kemudahan dan kemegahan...
Jika kalimah Allahu Akbar ini
memayungi pemikiran saya, maka tidak akan ada pemikiran negatif, berprasangka,
dan memikirkan sesuatu yang jahat. Tapi malangnya saya terus menangis kerana
dapat saya rasakan, bahawa di dalam hati dan akal saya ini belum ada kalimah
ini yang dipasakkan... Sebaliknya... berhala besar... BERHALA KEMEGAHAN DUNIA,
CINTAKAN DUNIA DAN BERHALA INGINKAN KEMUDAHAN yang akhirnya menyebabkan kita
kecundang di sini.
Allahu Akbar, adik-adik dan
rakan-rakan saya... Marilah kita belajar dan berusaha untuk menginfakkan diri
kita sebaik yang mungkin... menjadi yang terbaik dan lakukan kerja seikhlasnya
hanya kerana Allah s.w.t. Berusahalah kita untuk membuang segala berhala yang
ada dalam hati kita... Usahlah kita sibukkan diri sangat dengan berhala yang
dibina manusia lain, kerana berhala dalam diri kita adalah lebih hampir, lebih
besar dan lebih dahulu kita perlu pecahkan. TUNE-lah diri kita bersama....
Comments