Saya mengharap, Ramadhan kali ini memberikan kesan dihati ini.
Muhasabah dan mendidik jiwa agar terus kental dalam menjalani hari-hari yang
mendatang.
Pelbagai ujian dan rintangan
yang datang. Jiwa ini pasti tidak lupa dari perasaan marah dan sedih dengan keadaan
berlaku dipersekitaran. Apakan daya kita manusia, sekadarnya kita berusaha,
selebihnya diserahkan pada Allah.
Minggu lepas saya dan PEPIAS
dijadualkan berprogram di Klang dan Banting. Masya-Allah, perancangannya begitu
sempurna. Bermula dengan permuafakatan dan bermesyuarat bersama dengan
adik-adik PEPIAS di pejabat saya...
Apabila tiba pada harinya (19
haribulan september)... Semuanya seperti yang tidak di duga. Iftar ABIM
dijanjikan 20 orang daripada PEPIAS. Bilangan yang diperlukan lebih dari 50 orang.
Mana tidaknya, di daerah Hulu Selangor, diketuai Bapol, 2 program besar yang
perlu dirai oleh da'i-da'i muda PEPIAS ini. Perlukan dalam 20 orang katanya. Di
Klang (Kem Bumi Jati) perlukan 20 orang juga untuk memenuhi keperluan program
di Masjid Jalan Kebun dan Surau Al-Falah Jalan Kebun. Manakala dibanting juga
memerlukan lebih kurang 20 orang jua di surau Raudhatul Muttaqin Taman
Kemuning.
Ramai yang diperlukan, bila
tiba pada harinya, yang ke Klang dan Banting cuma bersedia 11 orang sahaja
tidak termasuk pimpinan kanan. Maka timbullah kemarahan dalam diri saya ni.
Selepas dilepaskan kemarahan tu timbul rasa bersalah. Maka saya memohon maaf
dari orang yang dimarah. Kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya... Tiba pada
hari kejadian, 20 orang memang cukup ke Hulu Selangor dan yang ajaibnya di
Klang dan Banting ada lebih kurang 30 orang dan itu cukup mengagumkan, saya
bersyukur, dan barulah saya sedar, kemarahan, mempersalahkan, memperkecilkan
adalah satu tindakan yang tidak perlu dalam kita merancangan kerja dakwah,
sebaliknya berusaha, berusaha dan berusaha sehinggalah ke waktu akhir adalah
ubatnya. Jika ikhlas, sabar dan sentiasa berdoa, Allah pasti membantu.
Satu lagi, jangan cepat
mengalah dan mengeluh, sebaliknya tenang dan sentiasa mengharapkan bantuan
Allah...
Semoga terus Istiqamah
Comments